Sunday, April 10, 2011

TIADA ADES, TIADA DENGGI

Disediakan Oleh :
1) Aiza Farhain Bt Fauzi
2) Nurul Huda Bt. Abdul Karim
3) Siti Hanani Bt Mazlan
4) Aliah Bt Ismail



Tiada aedes tiada denggi





Apa Itu Deman Denggi ? 

Denggi adalah adalah sejenis 'Deman Panas Berdarah' yang berpunca dari nyamuk. 

Nyamuk aedes tidak pernah mengenal jantina, umur, pangkat atau suku kaum.Pada tahun 2004 sahaja 33,203 kes denggi dilapurkan.20,458 kes membabitkan pesakit lelaki dan 12,745 kes membabitkan wanita. 
Nyamuk ini menyerang semua kaum termasuk Melayu, China, India, Iban, Dayak, Melanau, dll. Sepanjang thaun lepas 58 kematian dilapurkan akibat dari gigitan nyamuk aedes yang disahkan sebagai 'Demam Denggi Berdarah' Kira-kira 2000 kes pula membabitkan kanak-kanak berusia 5 hingga 9 tahun, manakala 2000 kes lagi menyerang kanak-kanak berusia antara 10 hingga 14 tahun. Sementara 50 % kes denggi membabitkan pesakit berusia 15 hingga 34 tahun. 

AWAS,DENGGI BOLEH MEMBAWA MAUT !!! 
APAKAH TANDA-TANDA DEMAM DENGGI ? 

* Demam Kuat Secara tiba-tiba 
* Deman Berlarutan melebihi 3 hingga 4 hari 
* Sakit pada tulang-tulang, otot, sendi dan biji mata 
* Ruam atau bintik-bintik merah pada kulit 
* Pendarahan pada kulit dan pada hidung atau gusi 
* Sakit kepala 
* hilang selera makan 
* letih 
muntah-muntah 
* Sakit perut 



Sunday, March 27, 2011

AWAS!!!!! PERGAULAN BEBAS

Disediakan Oleh:
1) Nurfarhanah Bt Mohd Zin
2) Hawa Bt Hamzah
3) Azizul Hakim B. Senen
4) mohd Shahrizan B. Shakri

SIHAT TANPA DADAH

Disediakan oleh:
1) Mimi Azira Bt Sahri
2) Siti Noor Aishah Bt Jumaat
3) Nur Syuhadah Bt Nayan
4) Noor Faeizah Bt Sidek

OTAK YANG CERDAS TERLETAK PADA BADAN YANG SIHAT

Disediakan Oleh:
1) Nurul Suhana Bt Abdul Rahim
2) Nursara Fazira Bt Abdul Rahim
3) Siti Soleha Bt Amir Hamzah
4) Nurhidayu Bt Shahadan





Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau seseorang tidak memperolehi makanan dalam tempoh yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila sahaja mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cergas, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi.

Pun begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecergasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual.
Makanan seimbang ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfunsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh kumpulan makanan iaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas.
MAKANAN UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KEPINTARAN AKAL
1)KARBOHIDRAT
Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur – sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.
2)PROTEIN
Ia mata perlu untuk KESIHATAN OTAK KESELURUHANNYA. Berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan lain-lain.
3)LEMAK
Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.
4)AIR
Merupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya MENGEKALKAN KESIHATAN OTAK. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.
5)MINERAL
Untuk aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur – sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang.
6)VITAMIN
Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan.
Vitamin A
Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.
Vitamin B
Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang.
Vitamin C
Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya engurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
7)SERAT
Melicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN
Menurut penyelidikan saintifik terkini, terdapat beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan -bahan tersebut ialah Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika.
Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios daging, ikan dan telur. Lesithin didapati dari telur merah, kacang soya dan organ otak binatang terutama otak ayam. Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh(wholemeal). Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya terutamanya. Manakala Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimia.

REMAJA SIHAT

Disediakan Oleh:
1) Nurul Afizah Bt. Mohd Noor
2) Nurul Shafiqah Bt. Mohd Yasin
3) Nurul Shahirah Bt Mohd Arif
4) Nurkhalilah Bt. Shasudin


Remaja perlu membentuk pergaulan yang sihat

                        

Untuk memastikan kehidupan sentiasa dipengaruhi oleh elemen-elemen yang positif justeru insan yang mendampingi seseorang itu perlulah mem punyai sifat-sifat yang terpuji.Kehidupan remaja khususnya lebih banyak dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya.


Jika ingin menjadi remaja yang berdaya maju dalam memperjuangkan masa depannya, rakan yang berkebolehan serta tahu memelihara harga diri amat penting.Hindarkan diri daripada rakan yang mendorong kepada perbuatan yang tidak bermanfaat.

Beruntunglah seseorang itu jika mempunyai sahabat yang berbudi luhur
serta baik akhlaknya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Orang mukmin yang paling sempurna imanya ialah orang yang paling baik akhlaknya”.
(H.R. Bukhari)

Sabda junjungan ini jelas menunjukkan hubungan yang erat antara iman dan akhlak seseorang itu. Jadi, tidak perlu lagi ada ungkapan ‘walaupun si fulan ini jahat tetapi imannya sangat kuat’ kera iman yang kuat akan terbentuk dengan adanya akhlak yang mulia.

Dalam hal ini, seseorang remaja itu perlu pandai menilai seseorang itu untuk dijadikan seorang sahabat yang baik dan ada perkara yang perlu diperhatikan.Antara tanda seseorang itu mempunyai kahlak yang baik ialah:

1-Banyak berbuat baik

2-Tidak menyakiti hati orang lain.

3-Benar ucapan dan janjinya.

4-Bersopan santun.

5-Tidak suka mengutuk dan memaki orang lain.

6-Tidak menghasut dan mengata orang lain.

7-Manis wajahnya dan riang gembira.

8-Tidak hasad dan dengki terhadap orang lain.

9-Mengasihi dan memurkai kerana Allah.

10-Meredai kerana Allah dan memberi kerana Allah

11-Tidak kedekut.

12-Mereka yang taat kepada perintah Allah

13-Mereka yang taat kepada kedua ibu bapa.


Jika kita mengimpikan seorang sahabat yang berakhlak mulia kita juga perlu menyiapkan diri untuk menjadi sahabat yang berakhlak mulia kapada orang lain juga. Tidakkah kita mahu perkara baik yang kita lakukan diikuti oleh orang lain dan kita juga akan mendapat ganjaran yang sama seperti yang dilakukan oleh orang yang megikut amal baik kita.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mengerjakan pekerjaan baik dalam Islam, maka
dia memperoleh pahalanya daripada orang yang mencontohinya
perbuatannya itu, tanpa mengurangi pahala mereka masing-
masing.Dan siapa yang melakukan perbuatan jahat, maka dia
mendapat dosanya, ditambah dengan dosa orang-orang yang
mencontohi perbuatan buruknya itu, tanpa mengurangi dosa mereka
masing-masing.

    

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

disediakan oleh:
1) Muhammad Zaid b. Zainudin
2) Mohd Izzuddin b. Jasmee
3) Nurliyana Bt Salleh
4) Nur Amira Shahira Bt Ariffin
Amalan Gaya hidup Sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
.
.
..........
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini..
..........
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang..
..........
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
.
..........
Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat..
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat..
..........
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini..
..........
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak..
..........
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
....